MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH PEKAN 2026/ 1447H

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH PEKAN 2026/ 1447H

PEKAN, 27 Februari 2026– Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pekan Tahun 2026/1447 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan.  

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Shambul Bahari, Setiausaha Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan. Agensi rakan strategik daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan dan Kulliyah Al-Lughah Waddin Pekan hadir bersama bagi membincangkan perancangan program agar berjalan lancar serta lawatan tapak program.  

Program Rakan Muda Ramadan ini akan dilaksanakan dengan pengisian tadarus Al-Quran mulai 23 hingga 27 Februari 2026 di Surau Kulliyah Al-Lughah Waddin Pekan dan 1 hingga 5 Mac 2026 di Surau Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan. Penutupan program ini diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan pada 10 Mac 2026.  

Program ini diharapkan dapat memupuk jiwa golongan belia untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti kerohanian dengan amalan sunnah.

.“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
PBSD Pekan

#TeamKBS #JBSNKomited
#MalaysiaMADANI #Pahang1st #teamjbspahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search