ROMPIN , 17 Oktober 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Siri 1/2024 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 28 September 2024 lalu bertempat di Masjid Air-Rahman, Kampung Bangkong, Rompin, Pahang. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform terbaik kepada belia untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan tugas-tugas sukarela.
Program telah disertai seramai 80 orang peserta dengan melakukan aktiviti gotong-royong mengecat dan membersihkan masjid. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin dengan kerjasama SRM Uniten Muadzam Shah, SRM Kolej Komuniti Rompin, Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, JPKK Kampung Bangkong dan Pengurusan Masjid Ar-Rahman. Maklumbalas yang memberangsangkan telah diberikan paras peserta berkenaan program ini iaitu kerja-kerja sukarela ini telah Berjaya memupuk daya juang dan kesabaran yang tinggi dalam membentuk jatidiri dan keperibadian positif dalam diri mereka.

- JBS Pahang
- Hits: 127