- JBS Pahang
- Hits: 1
PROGRAM MALAYSIA AKTIF CETUS SEMANGAT SIHAT DAN CERIA KOMUNITI SEMPENA KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST 2025
- JBS Pahang
- Hits: 1
KUALA LIPIS 25 November - Program Malaysia Aktif anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis telah berlangsung meriah di Padang Kampung Gua, Kuala Lipis menyaksikan kehadiran lebih 500 orang dari pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti fizikal ringan yang menyeronokkan. Peserta terdiri daripada penduduk kampung, pelajar sekolah, penjawat awam dan komuniti belia.
Acara dimulakan dengan senamrobik selama 30 minit yang diketuai oleh KBSi Wan Ellia Wan Sohaimi jurulatih bertauliah dan diiringi muzik rancak, mencetuskan suasana ceria dan penuh semangat.
Turut serta bersenamrobik Pegawai Daerah Lipis Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim. Program ini bukan sahaja menyampaikan mesej kesihatan, malah menjadi platform menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat. Program Senamrobik Malaysia Aktif merupakan antara pendekatan mendekati komuniti melalui aktiviti santai, selari dengan matlamat memperkukuh perpaduan dan kesedaran sivik masyarakat.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
