- JBS Pahang
- Hits: 1
PROGRAM YOUTH HUB PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025 SIRI PERTAMA MERIAH
- JBS Pahang
- Hits: 1
KUANTAN , 24 November - Program Youth Hub ( Y-Hub ) Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Dewan Utama Yayasan Pahang, Kuantan yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kehadiran peserta seramai 400 orang berlatar belakangkan perlbagai komposisi umur dan kaum.
Dengan tajuk program Y-Hub kali ini iaitu “Kuasa Orang Muda Membentuk Malaysia” yang disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Azhar Awam, Penolong Pengarah AKM Pahang dan beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang berkhidmat di Akademi Kenegaraan Malaysia, dengan kepakaran khusus dalam bidang Kenegaraan, Kepimpinan dan Pembentukan Jati Diri Belia.
Program ini dapat memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai asas sistem demokrasi di Malaysia, memperkukuhkan kefahaman hak serta tanggungjawab sebagai warganegara disamping memupuk penghayatan nilai kenegaraan, jati diri dan kesedaran sivik melalui pendekatan program seperti ini.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab kuiz yang disediakan oleh pihak penganjur yang disampaikan oleh Encik Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:
Bahagian Pembangunan Belia
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
