FUN WALK DESA MERIAHKAN SUASANA PAGI HUJUNG MINGGU

FUN WALK DESA MERIAHKAN SUASANA PAGI HUJUNG MINGGU

KUALA LIPIS, 25 November – Suasana pagi hujung minggu di Kampung Gua Kuala Lipis bertambah meriah apabila lebih 600 peserta menyertai Program Fun Walk Desa Sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st anjuran Majlis Daerah Lipis dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan serta kelab-kelab belia setempat.

Acara jalan santai sejauh 5 kilometer itu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, kakitangan kerajaan dan penduduk setempat. Objektif utama program adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, merapatkan hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat perpaduan.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan senamrobik sebelum dilepaskan secara rasmi oleh YB Dato' Mustapa Haji Long ADUN Padang Tengku. Turut menyertai program Fun Walk Desa tersebut Yang Hormat Dato’Mohd. Hafizi Ibrahim Pegawai Daerah Lipis, Encik Nik Mohd Azrul Abdul Ghafar Penolong Pegawai Daerah Lipis, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis serta Puan Norlisa Khalimi Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis. Program sebegini mampu menjadi platform efektif untukmenyampaikan mesej kesihatan dan keharmonian masyarakat.Setiap peserta menerima medal penyertaan, baju-T dan sijil, manakala hadiah cabutan bertuah turut memeriahkan lagi suasana. Program berakhir sekitar jam 10 pagi dengan penuh keceriaan.

"JBS Pahang, Number One"  

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search