- JBS Pahang
- Hits: 1
KARNIVAL KESENIAN ISLAM (TVET) RAKAN MUDA ZON PANTAI TIMUR 2025 BERAKHIR DENGAN PENUH MERIAH DI KRM MARAN
- JBS Pahang
- Hits: 1
MARAN, 25 November – Karnival Kesenian Islam (TVET) Rakan Muda Zon Pantai Timur 2025 anjuran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melabuhkan tirainya pada 23 November yang lalu dalam satu majlis perasmian penutup yang penuh bermakna di Kompleks Rakan Muda (KRM) Maran.
Majlis penutup telah dilancarkan oleh Tuan Khairul Amin Osman, wakil rasmi kepada YH Dato’ Pegawai Daerah Maran. Turut bersama ialah Ustaz Badrul Faiz Zulkifli, Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ts. Mohd Anuar Said, Pengarah IKBN Pekan, Tuan Zaini Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Puan Norlia Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik, Ustaz Abdul Aziz Abd Rahman, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Maran dan Puan Saniah Zainal, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran.
Antara pengisian karnival ini adalah pertandingan hafazan, pidato, azan, deklamasi sajak, kaligrafi, cakna jawi dan irama harmoni islami. Semoga program yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan belia yang celik al-Quran selain memperkukuh penghayatan ilmu Islam dalam kalangan generasi muda.
Terima kasih IKBN Pekan kerana memilih KRM Maran sebagai tuan rumah bagi penganjuran program kali ini. KRM Maran berbangga !
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Maran
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
