40 ORANG PESERTA ARPRM DAERAH BENTONG TAULIAH GANGSA

40 ORANG PESERTA ARPRM DAERAH BENTONG TAULIAH GANGSA


BENTONG, 25 November - Seramai 40 orang peserta ARPRM Daerah Bentong telah mendapat Sijil Pentauliahan Tahap Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa ARPRM Peringkat Negeri Pahang.  

Majlis penuh gilang gemilang itu diadakan pada 24 November lalu di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan melibatkan 12 Badan Operasi ARPRM Negeri Pahang termasuk BO PBSD Bentong.  

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan Badan Operasi PBSD Bentong yang diwakili oleh Encik Azhari Razlli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong diikuti penyampaian sijil penghargaan Pemimpin ARPRM Daerah Bentong kepada Encik Ahmad Fauzuddin Ramli, Encik Norazman Abdullah dan Encik Mohamad Khairun Fitri Ahmad. Seterusnya penyampaian sijil pentauliahan tahap gangsa kepada peserta ARPRM Daerah Bentong dari SMK Sulaiman dan SMK Kuala Repas.   

Pihak PBSD Bentong merasa terhutang budi kepada pihak sekolah, pemimpin, mentor, jurulatih ARPM Daerah Bentong dan semua pihak yang terlibat sacara langsung atau tidak langsung di atas pencapaian dan kejayaan ini.  

Disediakan Oleh:-
PBSD Bentong

“JBS PAHANG, Number One”  

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search