- JBS Pahang
- Hits: 3
PENYELARASAN KESIAPSIAGAAN MTL 2025/2026 DAERAH KUANTAN
- JBS Pahang
- Hits: 3
KUANTAN 25 November - Mesyuarat Pengurusan Bencana bagi kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bagi Jawatankuasa Kecil Bekalan dan Pusat Pemindahan Daerah Kuantan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya Pahang, KOMTUR Kuantan hari ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan telah diwakili oleh Tuan Haji Osman Haji Bukhari yang turut memberikan komitmen dalam penyelarasan gerak kerja persediaan awal, khususnya dari aspek sokongan logistik, pengurusan pusat pemindahan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan.
Mesyuarat turut menekankan aspek kesiapsiagaan menyeluruh merangkumi penyediaan bekalan asas, keperluan mangsa, keselamatan, serta koordinasi antara jabatan bagi memastikan operasi MTL 2025/2026 berjalan lancar dan berkesan
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Kuantan
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
