- JBS Pahang
- Hits: 2
MESYUARAT PENGURUSAN JBSN PAHANG FOKUS URUS TADBIR YANG MAMPA
- JBS Pahang
- Hits: 2
KUANTAN, 25 November – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Peringkat Pengurusan yang menghimpunkan ketua bahagian serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi menyelaras hala tuju strategik jabatan bagi tahun semasa dan akan datang.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada tiga agenda utama:
1. Pembentangan Laporan Bahagian
Setiap bahagian telah membentangkan Profil Program dan pencapaian KPI masing-masing, termasuk penilaian keberkesanan program serta pencapaian sasaran suku tahunan. Pembentangan ini turut memberi gambaran jelas mengenai kekuatan operasi, keperluan penambahbaikan, dan strategi pemerkasaan belia di peringkat negeri.
2. Pelaporan Pelaksanaan Program
Pegawai-pegawai turut membentangkan status pelaksanaan program-program belia dan sukan, termasuk inisiatif yang sedang berjalan serta yang telah selesai. Penekanan diberikan kepada impak program kepada golongan belia, kadar penyertaan, serta keberhasilan terhadap objektif jabatan.
3. Pembentangan Projek Pembangunan & Penyelenggaraan
Mesyuarat turut meneliti perkembangan projek pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan sukan serta infrastruktur jabatan, termasuk perancangan naik taraf fasiliti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan kondusif kepada masyarakat.
Melalui mesyuarat ini, JBSN Pahang menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu penyampaian program, serta memastikan setiap inisiatif memberi manfaat optimum kepada belia di seluruh negeri.
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh:-
UcOM JBS Pahang
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
