PERTANDINGAN SEPAK PENALTI MERIAHKAN KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST 2025

PERTANDINGAN SEPAK PENALTI MERIAHKAN KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST 2025


KUALA LIPIS, 25 November –Pertandingan Sepak Penalti sempena Karnival Aspirasi Pahang 1st telah berlangsung dengan meriah di Padang Kampung Gua,Kuala Lipis .  

Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis turut menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan disebut. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Karnival Pahang 1st yang memfokuskan pembangunan sahsiah, kesukanan dan kerjasama komuniti di peringkat akar umbi.   

Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan anak muda sekitar Daerah Lipis.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Puan Saharini Omar, Setiausaha Majlis Daerah Lipis. Turut hadir Encik Nik Khairul Mizan Abdul Hamid mewakili Pegawai belia dan sukan daerah lipis serta saudara Muhammad Faiq Naqiuddin Borhan Setiausaha Kelab Belia Gua.  

"JBS Pahang, Number One"  

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang
Jalan Tun Ismail, 25000, Kuantan
PAHANG
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2026, 17:35:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search