
LIPIS, 7 JANUARI 2020 - Kelab Remaja Kampung Berchang dengan kerjasama MPKK Kampung Bercang telah mengadakan Program Cabaran 40 Waktu Solat Subuh. Program tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Berchang, Kuala Lipis. Program ini telah dijadikan sebagai cabaran permulaan tahun baru 2020 bagi aspek pengisian rohaniah. Selain solat Subuh berjemaah antara pengisian lain program adalah kelas tajwid serta tazkirah. Tahniah diucapkan kepada penganjur program iaitu Kelab Remaja Kampung Berchang dalam usaha untuk menyemai jatidiri tinggi di kalangan remaja setempat. Semoga ianya menjadi azam baru di era serba mencabar kepada anak muda dan remaja untuk lebih cinta dan mendekatkan diri dengan masjid. Turut hadir ADUN Padang Tengku, YB Dato’ Haji.Mustapa Haji.Long.
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting & Disemak oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 867



