- JBS Pahang
- Hits: 507
PEMERIKSAAN DALAMAN KRM MARAN
MARAN, 16 JANUARI 2020 – Bagi memastikan keadaan kemas dan selesa, ‘team’ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap fasiliti yang terdapat di kompleks. Pemeriksaan berkala ini dilakukan pada 14 Januari yang lalu diketuai oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Maran, Encik Sophian Tukiman bersama empat orang pegawai. Fasiliti yang diperiksa meliputi kawasan landskap di dewan, asrama, tandas, paip hos bomba, rumah pam, surau dan bilik kuliah. Mana-mana fasiliti yang berkeadaan uzur telah dikenalpasti dan akan dimajukan kepada pihak Jabatan untuk dibaikpulih dengan kadar segera. Adalah diharapkan proses baikpulih dapat disegerakan bagi memberi imej baru kepada KRM Maran.
Disediakan oleh:-
Saniah Zainal
PBSD Maran
Disunting & Disemak oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 507





