ROMPIN, 24 JANUARI 2020 - Yayasan Pendidikan Bumiputera Seremban, Negeri Sembilan telah mengadakan satu Taklimat Kursus Kemahiran Pendek untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Bilik Kuliah, Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin pada hari Rabu yang lalu. Satu taklimat secara tertutup bermula jam 9.00 pagi telah diadakan kepada para belia Rompin lepasan SPM yang terpilih bagi persediaan awal sebelum memasuki IPTA dan IPTS. Seramai 60 orang belia telah dihubungi untuk menghadiri taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh wakil daripada Yayasan Pendidikan Bumiputera, Encik Saiful Rizwan Rozian. Antara intipatinya adalah pelajar-pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA dan IPTS layak untuk menerima bantuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dengan tawaran bantuan tersebut adalah diharapkan agar para belia Rompin dapat menyahut kemudahan yang disediakan bagi memastikan mereka dapat menyambung pelajaran sebagaimana yang diimpikan. Taklimat tersebut berakhir sekitar jam 1.00 petang.
Disediakan oleh:-
Noorul Ain Kamar Zaman
KRMSAR
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 507

