
RAUB, 20 JANUARI 2020 - Mesyuarat dan perjumpaan ahli-ahli Kelab Kompang dan Silat Belia Pamah Rawas telah diadakan pada Jumaat yang lalu bermula jam 9.00 malam. Beberapa perkara telah dibincangkan serta diperkemaskan berkaitan dengan kebudayaan antaranya ialah kerjasama dengan sekolah-sekolah, pertambahan keahlian kebudayaan, pertambahan peralatan, tempahan khidmat kebudayaan, sesi latihan kompang dan gendang, kerjasama dan disiplin keahlian kelab. Kerjasama berpasukan adalah kunci kejayaan terbesar persatuan ini. Turut hadir bersama adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, Encik Mohd Zohri Salleh. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam.Semoga terus maju!
Disediakan oleh:-
Shamsul Bahari Abd Malek@Ghazali>
PBSD Raub
Disunting & Disemak oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 633



