
KUANTAN, 22 JANUARI 2020 - Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah menganjurkan Seminar Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang 2020 bagi menggubal dasar mengenai pemakaian atlet-atlet beragama Islam. Tujuan pensyariatan ini adalah bagi menjaga kehormatan atlet beragama Islam dari segi ibadah dan kegiatan bersukan. Pakaian atlet sukan yang patuh syariah adalah pelengkap kepada maslahah Dharuriyat dan Hajiyat. Ianya juga perlu diutamakan sekiranya berlaku pertembungan dengan kepentingan Tahsinayat. Usaha ini adalah merupakan satu usaha yang baik merujuk kepada kepatuhan kepada Allah SWT. Tiga kertas kerja telah dibentangkan sepanjang seminar ini dianjurkan termasuk perkongsian pengalaman pelaksanaan usaha ini daripada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Terengganu, YB Encik Hishamuddin Abdul Karim. Untuk rekod, Kerajaan Negeri Terengganu telah pun melaksanakan pemakaian atlet patuh syariah dan mendapat sambutan yang baik. Semoga usaha ini diberkati dan dapat direalisasikan di masa hadapan. Turut hadir YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Penaung Seminar. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Disediakan oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
Disemak oleh:-
Nik Nor Syahirah Nik Harun
Pentadbir Portal
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
Disemak oleh:-
Nik Nor Syahirah Nik Harun
Pentadbir Portal
- JBS Pahang
- Hits: 486




