- JBS Pahang
- Hits: 531
FASILITI KRMSAR TERBAIK!

ROMPIN, 21 JANUARI 2020 - Politeknik Muadzam Shah, Pahang telah menganjurkan Program Pemantapan Jati Diri dan Kecemerlangan Pelajar Politeknik Muadzam Shah Tahun 2020 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin (KRMSAR), Pahang yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 17 sehingga 19 Januari. Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai empat puluh orang pelajar lingkungan umur belia termasuk urusetia dengan penggunaan bilik kuliah, padang terbuka, gelanggang futsal dan kawasan persekitaran kompleks bagi mengadakan pelbagai aktiviti untuk melengkapkan modul program tersebut. Tujuan program diadakan adalah untuk melatih pelajar supaya lebih cemerlang, berdisiplin dan sentiasa bermotivasi dalam melaksanakan tugas harian. Program ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit Peperiksaan Politeknik Muadzam Shah dan telah diselaraskan dengan jayanya oleh Encik Wan Fadzil Wan Ali. Penganjur memuji fasiliti yang terdapat di KRMSAR yang dianggap amat bersesuaian dengan pengisian program yang telah dianjurkan. Syabas!
Disediakan oleh:-
Noorul Ain Kamar Zaman
KRMSA Rompin
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 531


