
LIPIS, 8 JANUARI 2020 - Seramai 28 orang calon telah menjalani Ujian Jasmani Kecergasan Kebangsaan (UKJK) bagi ujian saringan pemilihan ke Malaysia Future Leader School (MFLS) Tier 3. Ujian yang dilaksanakan di Kem Wawasan Negara (KWN) Kuala Lipis ini telah diadakan selama dua (2) hari dengan penglibatan pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang seramai enam (6) orang sebagai Penguji UKJK yang diketuai oleh Encik Muhamad Hafizi. Selain UKJK, calon turut dikehendaki melaksanakan beberapa saringan antaranya adalah sesi temuduga dan pengucapan awam di dalam Bahasa Inggeris bagi melayakkan untuk terpilih ke Program MFLS yang dijangka akan diadakan bermula 31 Januari 2020 hingga bulan April 2020. Tahniah kepada semua calon dan selamat maju jaya.
Disediakan oleh:
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Sumber:
Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar
Disediakan oleh:
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Sumber:
Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar
- JBS Pahang
- Hits: 861





