- JBS Pahang
- Hits: 589
MESYUARAT PENGURUSAN PBSD ROMPIN

ROMPIN, 14 Januari – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin (PBSD) Rompin telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan bertempat di Bilik Mesyuarat, PBSD Rompin bermula jam 3.15 sehingga 4.30 petang semalam. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan berkenaan pentadbiran, pengurusan aset dan perkara-perkara yang berkaitan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Encik Mohd Yusof Md Said. Turut hadir adalah semua warga PBSD Rompin seramai empat orang. Mesyuarat ini merupakan salah satu inisiatif PBSD Rompin di dalam menyelaraskan pentadbiran serta pengurusan pejabat selaras dengan arahan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh:-
Nor Amira Amalina Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting & Disemak oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 589








