BENTONG, 31 JANUARI 2020 – Gimnasium Rakyat Bentong merupakan salah satu daripada 52 buah Gimnasium Rakyat yang bukan di bawah premis Kementerian Belia dan Sukan dan akan dilupuskan. Satu lawatan pemeriksaan pelupusan aset gimnasium telah dijalankan oleh Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pegawai Pemeriksa Aset II, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang pada Jumaat yang lalu dan turut disertai oleh Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bentong, Encik Zulinsan Abd Razak. Gimnasium Rakyat Bentong mempunyai 28 unit aset. Pemeriksaan telah bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir lebih kurang pada pukul 5.00 petang. Pemeriksaan pelupusan aset tersebut telah berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh:-
Norulpayanti Kamar@ Kamaruddin
PBSD Bentong
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 502

