
ROMPIN, 12 FEBRUARI 2020 - Satu perbincangan penyelarasan berkenaan aktiviti komponen penempatan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Emas telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin pada jam 10.00 pagi Isnin yang lalu. Terdapat lima buah kampung di daerah Rompin yang telah terpilih sebagai penempatan program ini iaitu Kampung Pantai Bernas, Kampung Gading, Kampung Setajam, Kampung Rantau Panjang dan Felda Selendang 2. Perbincangan telah diketuai oleh Pemimpin ARP JSBN Melaka, Encik Abdul Hafiz Ghauth. Turut menghadiri perbincangan ialah Pegawai Pembangunan Komuniti Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Puan Nor Amira Amalina Che Ibrahim serta wakil-wakil Persatuan Belia Gading Perkasa dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Selendang 2. Semoga aktiviti penempatan yang dirancang pada 6 hingga 10 Mac akan datang yang akan disertai oleh 20 peserta ini berjalan lancar dan dapat melahirkan peserta ARP Emas yang berkualiti dan boleh berbakti kepada masyarakat. Rompin bersedia menerima kedatangan para peserta!
Disediakan oleh:
Nor Amira Amalina Che Ibrahim
PBSD Rompin
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 517
