
LIPIS, 24 FEBRUARI 2020 – Seramai 300 peserta kebanyakkannya warga belia telah menyertai IPKL Fun Run 2020 yang berlangsung di Institut Pertanian Lipis di sini, semalam. Acara larian sejauh lima kilometer anjuran Jabatan Pertanian Daerah Lipis dengan kerjasama Adham Bike Centre (ABC) itu adalah yang pertama kali diadakan bermula di Institut Pertanian Daerah Lipis. Para peserta telah dilepaskan pada jam 7.30 pagi. Penyertaan adalah terbuka kepada peserta setempat serta pelajar Institut Pertanian Daerah Lipis. Objektif adalah untuk memupuk kesedaran gaya hidup sihat. Kesungguhan para peserta untuk menamatkan larian membuktikan objektif penganjur untuk menerapkan gaya hidup sihat tercapai dengan jayanya. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Lipis akan sentiasa menyokong program sebegini, lebih-lebih lagi dengan perkembangan komuniti larian di negara ini yang semakin meningkat dan aktif. Larian juga merupakan acara sukan yang mudah untuk disertai, sekaligus dapat menggalakkan penyertaan dan meningkatkan kualiti kehidupan.
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 712

