PEKAN, 3 MAC 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan dijemput hadir bagi menyaksikan dan memberi sokongan kepada penganjuran Kejohanan Ragbi 4 Penjuru Tertutup Veteran Pahang pada 29 Februari yang lalu bertempat di Padang Majlis Daerah Pekan. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli bersama rakyat menyaksikan kejohanan tersebut. Kehadiran KDYMM ini telah menarik perhatian dan dapat menyuntik semangat kesukanan di kalangan rakyat dan mengeratkan hubungan harmoni antara raja dan rakyat.
Disediakan oleh: Salmiyah Mohamed (PBSD Pekan)
Disunting dan Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin , Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 717


