KUANTAN, 9 JULAI 2020 - Unit Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah mengambil initiatif untuk mengadakan satu sesi gotong-royong untuk mengemas stor sukan. Kerja mengemas ini telah diadakan pada 2 Julai 2020 yang lepas melibatkan pegawai- pegawai di bawah Unit Sukan seramai enam (6) orang. Kerja gotong-royong dan mengemas tersebut telah bermula seawal jam 8.30 pagi bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang. Kerja-kerja pembersihan ini adalah menggalakkan semangat kerjasama antara satu sama lain selain daripada memupuk kempen kebersihan dan kekemasan di setiap sudut ruang kerja. Gotong-royong selesai dilakukan sehingga jam 3.00 petang. Semoga terus kekalkan kempen kebersihan ini dari semasa ke semasa.
Disediakan oleh:
Unit Sukan
JBS Negeri Pahang
Disemak oleh:
Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 629
