Rompin, 14 OGOS 2020 - Seramai enam orang peserta dari daerah Rompin telah menyertai Pertandingan Khat@Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos yang lalu secara atas talian. Kesemua peserta terdiri daripada dua orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang iaitu Nur Yasmeen Umairah Ramli dan Muhammad Faiq Hakimee Azizee, tiga orang peserta dari Sekolah Menangah Agama Rompin iaitu Noor Izzah Najlaa Zakaria, Nur Salsabila Zaini dan Muhammad Haqqan Husin serta seorang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai iaitu Abdul Haikal Muhammad Safri. Kesemua enam peserta telah berjaya menghantar video penghasilan tulisan khat kepada pihak urusetia pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Program ini adalah satu program yang amat baik untuk menarik minat belia terlibat dengan aktiviti dan program kerohanian serta mengembangkan bakat belia dalam bidang seni penulisan khat dan meningkatkan kecintaan belia kepada kesenian islam yang telah ada sejak turun temurun lagi.
Disediakan oleh: Noorul Ain Kamar Zaman, PBSD Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 699
