Kuantan, 18 OGOS 2020 – Perbincangan ‘Housekeeping’ Program Rakan Muda Aktif 2020 telah diadakan pada 17 Ogos yang lalu pada jam 10.00 pagi secara atas talian melalui aplikasi ‘Zoom Online Meeting’. Sesi perbincangan tersebut telah disertai oleh Cik Nik Nor Syahirah Nik Harun, Penolong Pengarah Rakan Muda mewakili Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang serta Pegawai-Pegawai Rakan Muda dari negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. Tujuan perbincangan tersebut diadakan adalah menjurus kepada sesi ‘brainstorming’ di kalangan pelaksanaan Program Rakan Muda Aktif Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara atas talian bermula bulan Ogos hingga September. JBS Pahang telah terpilih sebagai pelaksana Program Rakan Muda Aktif bagi Gaya Hidup Rakan Muda Hijau yang sedang dilaksanakan bermula 3 hingga 30 Ogos dan kaedah yang akan digunakan adalah dengan cara memuatnaik video di platform ‘Instagram’. Semoga segala perancangan yang telah dirangka akan berjalan dengan lancar dan adalah diharapkan melalui program ini dapat mendidik anak muda terhadap kecintaan alam flora dan fauna. ‘A green planet is a happy clean planet!’.
Disediakan oleh: Nik Nor Syahirah Nik Harun, Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 621
