BENTONG, 21 SEPTEMBER 2020 – Kerja-kerja baik pulih kerosakan bumbung dan lantai bangunan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong telah dijalankan pada 14 September yang lalu. Kerosakan di bahagian bumbung dan lantai bangunan akibat anai-anai di mana bangunan tersebut merupakan bangunan kayu. Pejabat ini juga merupakan tempat tumpuan orang ramai kerana persekitaran sekeliling yang mempunyai kemudahan sukan seperti gelanggang bola jaring, sepak takraw, futsal serta senamrobik. Dengan adanya baik pulih ini keselesaan dan keselamatan kakitangan PBSD Bentong tidak terjejas serta dapat menjaga imej untuk kunjungan orang ramai khususnya golongan belia-belia Bentong.
Disediakan oleh: Norulpayanti binti Kamar@ Kamaruddin , PBSD Bentong
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 758
