ROMPIN, 8 OKTOBER 2020 – Telah berlangsung Sesi Penilaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin semalam. Wakil tunggal daerah Rompin iaitu Cik Nurul Najah Ramli telah berjaya menyiapkan laporan berkenaan dengan semua elemen wajib yang perlu dilaksanakan untuk layak ditauliah penganugerahan Tahap Emas ARPRM. Penilaian kali ini telah diketuai oleh Cik Nik Nor Syahirah Nik Harun, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada peserta kerana telah memberikan komitmen yang terbaik.
Disediakan oleh: Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 647
