KUANTAN, 12 November – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah mengadakan demonstrasi sukan bola tampar duduk yang dimainkan oleh golongan OKU di kalangan warga Jabatan. Sukan bola tampar duduk dimainkan oleh seramai enam pemain sebagaimana sukan bola tampar biasa hanya keluasan gelanggang adalah berbeza. Demonstrasi ini merupakan satu pendedahan khususnya bagi warga Jabatan untuk turut sama merasai bagaimana sukan bola tampar duduk ini dimainkan. Walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk menyesuaikan diri namun berkat kesungguhan, ianya berjaya dimainkan dengan baik. Pemain-pemain bermain dengan serius namun bersulam juga dengan gelak ketawa apabila berdepan dengan situasi yang melucukan. Sambutan yang diterima bagi sukan ini adalah amat menggalakkan dan akan bersambung pada minggu berikutnya.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Bahagian Pembangunan Sukan
Disemak oleh: Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 590
