- JBS Pahang
- Hits: 595
MAJLIS PERGURNIAAN ANUGERAH KHAS DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG
KUANTAN, 30 November – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Anugerah Khas Diraja kepada Mohd Al Jufferi Jamari, pesilat kebangsaan di Istana Abdulaziz, Kuantan pada 26 November yang lalu.
Turut hadir di majlis tersebut adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Dif-Dif Kehormat, Majlis Belia Negeri, Tokoh Belia dan Beliawanis Negara, Encik Mu’azamir Haji Jili (Pengarah JBSN Pahang) dan wakil-wakil dari agensi yang terlibat. Majlis dimulakan dengan penganugerahan Anugerah Khas Diraja disertai dengan Majlis Santapan Minum Petang dan sesi bergambar.
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan majlis tamat pada jam 5.30 petang.
Disediakan Oleh:- Nik Nor Syahiran Nik Harun
Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 595
