PEKAN, 27 November 2020 – Menjadi rutin di antara tugasan sebagai Ketua Jabatan, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mu’azamir Haji Jili sekali lagi turun padang melakukan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan bagi memantau dan membuat pemeriksaan mengenai pengurusan di setiap daerah bawah seliaannya. Pemantauan secara mengejut ini biasa dilakukan antara setiap 3 atau 6 bulan sekali bagi memastikan tugasan yang dilakukan oleh kakitangan menepati piawaian tugasan yang telah ditetapkan. Selain itu juga bagi memastikan semua kakitangan sentiasa bersediakan menerima tugasan dari masa ke semasa dan sentiasa berada di dalam keadaan bersiap sedia bagi sebarang tugasan.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 499
