KUANTAN, 16 Disember 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang dengan kerjasama Kelab Keluarga dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berkampung di IKBN Wakaf Tapai selama dua hari satu malam. Rombongan lawatan muhibbah ke IKBN Wakaf Tapai yang bemula 13 dan 14 Disember 2020 adalah bertujuan ke arah merealisasikan konsep perpaduan dan muafakat di mana setiap pegawai dan kakitangan Jabatan ini diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan sukan di samping beramah mesra sesama mereka. Selain itu, ia juga satu usaha untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan jabatan ini terlibat dalam aktiviti sukan sebagai sokongan ke arah melahirkan ‘masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan bersatu’. Lawatan sambil bersukan ini juga dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan JBSN Pahang dan IKBN Wakaf Tapai di samping mengenali budaya di antara dua negeri. Seramai 20 orang wakil dari JBSN Pahang telah turut serta semasa lawatan muhibbah tersebut. Pada keesokkan hari, pihak tuan rumah telah mengadakan satu perlawanan sebagai kemuncak acara dalam rombongan ini. Kategori yang diadakan semasa perlawanan ini adalah lima regu lelaki, satu regu campuran dan dua regu wanita. Perlawanan badminton adalah perlawanan yang sangat sengit di antara kedua-dua pihak. Namun begitu, kemenangan telah berpihak kepada pihak IKBN Wakaf Tapak dengan pungutan mata 5-3 menewaskan JBSN Pahang. TAHNIAH IKBN WAKAF TAPAI!!
Disediakan oleh: Cik Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar
- JBS Pahang
- Hits: 663
