KUANTAN, 8 Mac – Pada 8 Mac yang lalu telah diadakan Perlawanan Persahabatan Badminton Jalinan Ukhuwah di antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang bersama Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Negeri Pahang bertempat di Dewan Badminton Playground 6, Kuantan. Perlawanan ini telah dianjurkan oleh YMM Cawangan Negeri Pahang dan telah melibatkan sebanyak empat regu lelaki, dua regu wanita dan dua regu campuran. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Jabatan dengan belia-belia kaum Cina di negeri Pahang disamping memupuk gaya hidup cergas dikalangan generasi muda. Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah JBSN Pahang turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkekalan demi pembangunan belia di negeri Pahang. Tahniah kepada saudara Chong Jun Seng atas penganjuran program ini. JBSN Pahang bercadang untuk mengadakan perlawanan timbal balik dalam masa terdekat.
Disemakkan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
Disuntingkan oleh:- Nik Zuriani binti Nik Mohamad Mokhtar, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 563
