KUANTAN, 15 Mac – Bahagian Pembangunan Sukan bersama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang telah menjalankan Pemantauan Acara Sukan bagi Pematuhan SOP Sukan dan Rekreasi di Arena Boling Padang, SUKPA Pahang bagi Sesi Pemilihan Sukan Lawn Bowls, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Pahang (MAKSAK). Pemilihan telah dijalankan bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Pasukan Pemantau yang hadir adalah Encik Suhaizan Selamat, Puan Esmeralda Farah Kazaruddin, Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin dan Encik Muhamad Syafiq Azman. Pemantauan telah dimulakan dari pintu masuk, kawasan acara serta pematuhan dari segi pergerakan atlet-atlet sepanjang sesi pemilihan berlangsung. Pemeriksaan juga telah dijalankan bagi tanda penunjuk arah dan tanda-tanda kemudahan fasiliti. Terima kasih kepada wakil pihak penganjur yang telah memberikan kerjasama baik. JBSN Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAKSAK Pahang yang telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 554
