PEKAN, 20 April –Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan mula mengorak langkah dalam usaha menjayakan ‘Projek Bumi Hijau’ dengan menanam beberapa anak pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di sekitar laman Kompleks Sukan Komuniti Pekan. Usaha ini dilakukan dengan inisiatif sendiri oleh warga PBSD Pekan. Di antara pokok yang ditanam adalah Pokok Mangga Harum Manis, Pokok Mangga Lemak, Pokok Mangga Chokanan, Pokok Longan Ping Pong, Kelapa Matag serta beberapa jenis sayur-sayuran. Dijangkakan pokok-pokok yang ditanam akan mengeluarkan hasil dalam tempoh sekitar 6 bulan ke 2 tahun sekiranya penjagaan yang baik dan tidak menghadapi masalah penyakit. Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat menyemai semangat cintai alam sekitar dan menghargai hasil bumi.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 354
