KUANTAN, 23 April – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang sekali lagi telah diberi penghormatan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang apabila diminta memberi pandangan dan input-input berkaitan bidang dan skop kerja berkaitan pembangunan golongan belia. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah meminta pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang untuk memberi input-input berkaitan perjawatan di Jabatan yang melaksanakan tugas-tugas berkaitan secara lengkap dan terperinci. “JBSN Pahang sentiasa bersedia untuk membantu pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha menubuhkan Unit Belia untuk merancakkan lagi usaha dan program-program pembangunan golongan belia secara menyeluruh di negeri Pahang”, demikian ulasan Encik Shafrul bin Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Pahang.
Disediakan oleh:- Muhamad Fadzil Che Daud, Bahagian Pembangunan Belia
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 467
