- JBS Pahang
- Hits: 559
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT YANG BERHORMAT DATO’ SERI PENGERUSI JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, BELIA, SUKAN DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
KUANTAN, 21 April – Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Timbalan Pengarah dan beberapa pegawai dari Jabatan telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Johari Haji Husain di Wisma Sri Pahang. Pertemuan singkat itu yang bertujuan membincangkan dan menyelaras program-program terkini yang telah dirancang untuk pelaksanaan bagi tahun 2021. Selain itu juga, pihak Jabatan berharap agar dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat bersama dengan pihak Kerajaan Negeri Pahang dalam membangunkan golongan belia di peringkat akar umbi. Yang Berhormat Dato’ Seri menyatakan kesudiannya untuk berkerjasama dengan pihak Jabatan dalam melihat pembangunan golongan belia agar ianya dapat dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Pahang. Beliau juga berharap projek-projek pembangunan infrastruktur yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Pahang dapat memberi impak dan kesan yang baik dalam pembangunan golongan belia.
Disediakan oleh:- Muhamad Fadzil Che Daud, Bahagian Pembangunan Belia
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 559
