KUANTAN, 28 April – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 telah bermula pada 19 April yang lalu di seluruh negara. Wisma Belia Kuantan merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih bagi daerah Kuantan. Ianya melibatkan warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan kelainan upaya (OKU). Pada 18 April yang lalu telah berlangsung satu sesi taklimat kepada semua petugas termasuk Sukarelawan Bukan Kesihatan, ‘Malaysia Vaccine Support Volunteers’ (MyVac) bertempat di Wisma Belia Kuantan. ‘Team MyVac’ adalah terdiri daripada belia, pelajar dan bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang telah berdaftar di bawah Sistem MyVac; www.myvac.com.my. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusri Mohd Nor, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuantan dan Dr. Nurul Adlin Abd Halim selaku Ketua PPV Wisma Belia Kuantan. Taklimat tersebut adalah bagi menyelaras penugasan dan peranan setiap agensi dan petugas bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar. PICK Fasa 2 ini dijangka berakhir pada penghujung Ogos 2021.
Disediakan oleh:- Zunaidah Mat Yusof, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & PentadbirPortal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 1695
