BENTONG, 13 Julai – Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke PPV Daerah Bentong, Pahang di Majlis Perbandaran Bentong 5 Julai yang lalu. Lawatan kerja tersebut merupakan jadual berkala YAB Menteri Besar Pahang bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Pahang mendapatkan suntikan vaksin. Kehadiran YAB Menteri Besar Pahang telah disambut oleh Pegawai Tanah dan Daerah Bentong dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong. Turut serta ialah Pegawai Kesihatan Daerah Bentong, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang dan Ketua Polis Daerah Bentong. YAB Menteri Besar Pahang mengambil sedikit masa melihat melihat sendiri pengoperasian PPV Majlis Perbandaran Bentong yang kini memasuki bulan ke-4 operasi dengan mendapatkan maklum balas daripada Sukarelawan MyVac PBSD Bentong dan petugas kesihatan di setiap kaunter. Sukarelawan MyVac PBSD Bentong juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama YAB Menteri Besar Pahang di akhir lawatan beliau. Disediakan oleh:-Azhari Razlli, PBSD Bentong Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 372
