KUANTAN, 13 Ogos – Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 telah diadakan pada 7 Ogos yang lalu. Sesi pada kali kedua ini telah membincangkan mengenai tajuk ‘Hub Sukan : Potensi Pelancongan Sukan’ telah mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta dan pelayar maya. Walaupun penyertaan yang diperlukan hanya 100 peserta namun sesi ini telah berjaya mendapat penyertaan melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Sehingga kini sesi ini telah ditonton lebih daripada ‘3.1k views, 117 shares dan 916 comments’. Sepanjang sesi berlangsung pelbagai visi telah dikongsi dikalangan para peserta dan pelayar maya mengenai visi sukan mereka menjelang 2030. Moderator yang terlibat bagi sesi tersebut adalah Encik Mohd Faizul Effendy Abd Rahman dari Jabatan Penerangan Negeri Pahang yang juga merupakan seorang ahli Kelab BMX Kuantan telah berjaya ‘mengemudi’ program dengan baik dan lancar. Sesi terakhir akan diadakan pada 14 Ogos nanti dengan tajuk ‘Pembudayaan Sukan : Aokme Nak Sihat?’ dan diharap dapat kembali menarik minat penyertaan. Terima kasih daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang kepada semua yang terlibat.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Portal JBS Pahang & Pentadbir Portal
- JBS Pahang
- Hits: 376
