KUANTAN, 2 September – Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara (VSN) 2030 Peringkat Negeri Pahang sesi ketiga yang diadakan pada 28 Ogos yang lalu telah mengundang dua orang ‘influencer’ yang mempunyai nama yang cukup ‘besar’ di dalam negeri ini. Mereka adalah Encik Abdullah Mutholib Zakaria @ Coach Mus@Bigbad dan Puan Kartini Abdul Rahim @ Coach Katt. Coach Mus@Bigbad adalah pemilik X-Fit Gym di Inderapura Kuantan dan merupakan pengasas makanan berasaskan kesihatan, X-Fit CBM yang menjalankan kegiatan kecergasan dan pemakanan sihat. Coach Katt pula adalah merupakan seorang jurulatih kecergasan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui pelbagai kursus dan sijil yang telah diperolehi. Walaupun pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh kedua ‘influencer’ tersebut namun mereka telah mempelbagaikan kaedah bagi memastikan ‘survival’ mereka di dalam industri ini dapat bertahan. Pelbagai pengalaman telah dikongsikan sepanjang sesi berlangsung dan telah mendapat perhatian yang baik dikalangan para pelayar media sosial. Terima kasih atas kesudian keduanya memenuhi jemputan.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 426
