KUANTAN, 29 September – Lawatan dan Mesyuarat Pemantauan Kerja-Kerja Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub yang diselaraskan oleh Unit Pembangunan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub pada 22 September yang lalu. Lawatan telah dihadiri oleh Encik Mohd Zohri Salleh, Pengurus KRM Raub bersama Encik Najhan Mohamed dan Encik Muhamad Md. Rashid daripada Unit Pembangunan, JBS Negeri Pahang bersama pihak kontraktor dan perunding bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan seperti perancangan.
Disediakan oleh:- Mariana Afzan Mohamed Yusof, Unit Pembangunan JBS Pahang
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 393
