KUANTAN, 11 Oktober – Majlis penyerahan kunci Gelanggang Futsal Felda Chini 2 telah disempurnakan oleh Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang kepada Encik Mohd Irman Mohamad Shazali, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Chini 2. Program turut disertai oleh Encik Najhan Mohamed dan Encik Muhamad Md. Rashid daripada Unit Pembangunan JBS Negeri Pahang. Adalah diharapkan dengan adanya gelanggang serbaguna ini, penduduk Felda Chini 2 dapat memanfaatkan kemudahan tersebut bagi anak-anak muda Felda Chini menjalankan aktiviti bersukan. Majlis penyerahan tersebut berakhir sekitar jam 4.00 petang.
Disediakan oleh:- Mariana Afzan Mohamed Yusof, Unit Pembangunan JBS Pahang
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 474
