KUANTAN, 11 November – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang telah mengadakan Lawatan Pemantauan Pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di Stadium Darul Makmur bagi Liga Malaysia 2021 (MFL). Perlawanan adalah diantara Sri Pahang FC menentang Sarawak United pada 7 November. Pemantauan telah dilaksanakan oleh Pegawai Penyelaras ‘Rakan Muda Sports Bubble Volunteers’ (RM-SBV) seramai dua orang. Perlawanan dimulakan pada jam 9.00 malam. Pemantauan berakhir sekitar jam 11.00 malam. Keputusan perlawanan adalah kalah 2-1. Kehadiran penonton adalah sekitar dua ribu orang sahaja. Sepanjang masa berlangsung pihak penganjur telah mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Disediakan oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 298
