ROMPIN, 11 November – Majlis Makan Malam Penghargaan Sukarelawan MyVac Rompin telah diadakan di Rompin Beach Resort pada 27 Oktober yang lalu. Majlis ini dianjurkan bertujuan menghargai jasa bakti barisan hadapan dan para sukarelawan MyVac yang telah bertungkus-lumus membantu melancarkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini bermula dari bulan April sehingga Oktober. Seramai 60 orang Sukarelawan MyVac yang telah bertugas di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Rompin telah diraikan di majlis yang sederhana namun meriah itu. Turut hadir adalah Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dan DSP Mohd Azahari Mukhtar, Ketua Polis Daerah Rompin, Dr. Ahmad Hafiz Mohamad, Pegawai Kesihatan Daerah Rompin Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin serta semua Ketua PPV Rompin dan petugas barisan hadapan di daerah ini. Terima kasih atas khidmat bakti semua. Disediakan oleh:-Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 395
