TEMERLOH, 16 November – Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah mengadakan Majlis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin Daerah Temerloh bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh pada 12 November yang lalu. Majlis diadakan bagi menyampaikan sijil dan cenderamata kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Temerloh. Telah dijemput hadir bersama adalah Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh dan Puan Siti Sabariah Che Ariffin, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Temerloh. PPV Temerloh dengan secara rasminya telah melabuhkan tirai pada majlis tersebut. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada sekitar jam 5.00 petang. Disediakan oleh:-Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh Disunting oleh:-Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 339
