BERA, 21 Oktober – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah melaksanakan Pemeriksaan dan Pemurnian Data Aset Alih Kerajaan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera. Pemeriksaan aset tersebut penting bagi memastikan Laporan Prestasi Pemeriksaan dapat dilaporkan serta bagi mengelakkan berlakunya kehilangan aset. Pemeriksaan dan Pemurnian Data Aset Alih Kerajaan telah diketuai oleh Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Pahang. Pemeriksaan tersebut melibatkan Aset KEW.PA-2, KEW.PA-3, KEW.PA-11, KEW.PA-12 serta KEW.PA-13. Dokumen – dokumen yang berkaitan aset tersebut telah disediakan oleh Encik Mohd Faizulkri Jamian @ Jamiai (PT(K)) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bera. Pemeriksaan berjalan dengan lancar dengan segala keperluan disediakan bagi lawatan pemeriksaan tersebut.
Disediakan oleh:- Nur Amalina Mat Hussin, PBSD Bera
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 403
