KUANTAN, 30 September – Encik Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan serta Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin, Urusetia HSN2021 keduanya dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan sesi promosi sempena Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelindung sewaktu rakaman acara lompat tali berlangsung. Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin telah menyerahkan poster kepada Puan Mazrinah Husain, Pengerusi Persatuan Lompat Tali Negeri Pahang dan Puan Norhayati Kadir, wakil SK Pelindung. Poster yang diserahkan mengandungi ‘qr code’ yang akan diimbas untuk memasukkan data penyertaan orang awam sempena menyokong penganjuran HSN2021 Peringkat Negeri Pahang. Ini merupakan salah satu usaha untuk mendapat data penyertaan dan mendekatkan diri dengan orang awam bagi mengenalpasti tahap minat mereka di dalam melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan. Negeri Pahang telah diberikan sasaran sebanyak 120,000 penyertaan bagi edisi Hari Sukan Negara pada kali ini.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 377
