KUANTAN, 11 Oktober – Perbincangan pelaksanaan HSNMYFit@Home daerah-daerah yang akan dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Negeri Pahang pada 10 Oktober nanti telah diadakan pada 27 September yang lalu. Perbincangan dengan instruktur-instruktur daerah telah diketuai oleh Puan Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Perbincangan berkisar mengenai keperluan-keperluan bagi pelaksanaan program termasuk cara program dijalankan dan penambahan dari segi teknikal supaya ianya akan nampak lebih menarik. HSNMYFit@Home akan disiarkan secara langsung di ‘fb page’ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat-peminat sukan kecergasan khususnya senamrobik.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 333
