ROMPIN, 29 September – Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah dijemput ke Sesi Ramah Mesra bersama Majlis Belia Daerah Rompin yang diadakan pada 18 September yang lalu, jam 9.00 malam. Majlis yang diadakan secara santai ini diselaraskan oleh Encik Kamil Hakimi Abdul Hak, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin bersama kepimpinan MBD Rompin yang lain. Beliau telah memperkenalkan senarai Ahli Jawatankuasa MBD Rompin, Program sepanjang bulan Mac hingga September dan Hala Tuju serta Strategi yang telah dirancangkan. Pengarah amat berpuas hati dengan perancangan yang telah dibentangkan dan berharap agar ianya dapat terus membantu semua golongan belia di daerah Rompin termasuk golongan belia berisiko dalam menangani cabaran masa kini berkaitan isu-isu semasa. Turut hadir bersama adalah warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin.
Disediakan oleh:- Nor Amira Amalinabinti Che Ibrahim, PBSD Rompin
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 376
