PEKAN, 10 September – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan menerima kunjungan hormat daripada Dato' Dr. Nor Azimi Yunus, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang bagi memantau petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas memberikan khidmat suntikan vaksin Covid-19 kepada masyarakat. Pusat ini telah mula beroperasi pada bulan Mei 2021 dalam menyediakan perkhidmatan pemberian suntikan vaksin Covid-19 bagi daerah Pekan. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima vaksin. Lawatan beliau ini sedikit sebanyak telah membantu menyemarakkan semangat para petugas yang terlibat di dalam program vaksinisasi ini.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 549
